gravatar

Nuri oh Nuri..

Hanya tinggal 5 angka maka genaplah 100 nyawa tentera kita melayang gara-gara sebuah object yang lahir semenjak zaman darurat kominis lagi. Buat pengetahuan kita, helikopter lapuk atau Sea King ini masih dipergunakkan untuk pertahanan negara walaupun telah terhempas sebanyak 18 kali sewaktu perkhidmatannya selama 40 tahun. Bayangkanlah ia satu jumlah yang cukup besar dikala negara aman damai dan bayangkan pula jika kita didalam kancah peperangan. Adakah helikopter kategori 'antik' ini dapat membantu soldadu negara?.



Untuk ukuran sebuah kereta pun, angka 40 adalah umur yang tidak selamat untuk dilenjan. Bayangkan kereta model tahun 1968 mewarnai bandaraya kita. Namun perbezaaanya jika enjin terberhenti atau rosak pemandunya punya harapan tinggi untuk hidup kerana kenderaan yang dipandu hanya akan berhenti sahaja. Namun bagi objek yang melayang diudara risikonya adalah lebih merbahaya jika enjinya bermasaalah. Seperti manusia jentera juga mempunyai masa tua dan harus digantikan dengan yang lebih muda dan kuat. Sesuai dengan permintaan masa kini.


"Cuaca Buruk". Merupakan alasan kering kerajaan sebagai modal untuk mengelak dari terus dipandang dikritik oleh rakyat bagi masaalah yang belum kunjung padam. Ingatlah nyawa tidak boleh dibayar walau sebesar mana pampasan yang diterima. Jika berbaloi pun, nilainya tetap tidak akan sama ditambah pula kesilapan serupa yang dilakukan berulang-2 tanpa kita sendiri mengubahnya. Helikopter yang sinonim dengan namanya sebagai "pembantu" sudah tidak mampu lagi untuk berkhidmat atau kata ringkasnya "pencen". Sudah menjadi kebiasaan bagi kerajaan negara kita yang suka menyalahkan pemandu kereta atau apa sahaja yang bernama kenderaan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Cadangan membuat tribunal khusus untuk mengkaji apa-apa punca yang melibatkan kenderaan akan sudah pasti tidak akan diterima. Mungkin ini akan mendedahkan kelemahan yang terbentuk diatas segala yang berlaku.


Tindakan Najib Tun Razak mengisytiharkan pembelian baru helikopter didalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tepat pada masanya memandangkan tuntutan pertahanan negara yang memerlukan sokongan alat berteknologi tinggi. Helikopter juga tidak kurang pentingnya dalam sesuatu operasi walaupun tidak setanding dengan jet pejuang dan beberapa jentera lainnya namun sekurang-2nya helikopter tidak memerlukan ruangan besar untuk mendarat dan tangkas bertindak dalam operasi yang memerlukan penerbangan rendah.


Baru-2 ini kita dikejutkan lagi dengan terkorbannya wira-2 negara disebabkan helikopter ini. Bagi yang biasa ini bukan lagi kejutan, Tapi jika saya salah seorang saudara mereka mungkin saya tidak dapat memaafkan insiden yang berlaku. Seramai 6 askar kita telah terkorban dan berpuluhan berguguran sebelumnya.


Pada tahun 2004 sebelumnya kerajaan telah menimbang untuk membeli heli baru bagi mengantikkan heli jenis ini dan menelan kos sebanyak RM76 juta hingga RM95 sebuah. Disebabkan dasar kewangan dan keperluan lain yang lebih penting maka hasrat ini terpaksa ditunda dahulu sehinggalah sekarang.


---------------------------------


Bibawah merupakan lagu Nuri yang dinyayikan oleh orang Kanada yang telah dialih bahasa. Pilot Sea King Kanada mengarang "lagu tema" untuk perkhidmatan mereka, dinyanyikan menurut nada lagu pop Seasons in the Sun tahun 1970-an.

Selamat tinggal ayah, sila doakan saya Helikopter saya terhempas di laut.


Korus
Kita bergembira, kita berseronok, kita ada Sea King di bawah matahari Tetapi enjin terbakar dan Sea Kings mesti bersara.


Goodbye papa, please pray for me My helicopter's crashing in the sea.


The chorus runs
We had joy, we had fun, we had Sea Kings in the sun But the engines are on fire and the Sea Kings must retire.

---------------------------------


Berita Penuh dari Bernama Mengenai Nahas kejadian - Klik sini
Berita dari Harakah daily - Klik Sini

gravatar

Kalah lagi dan kini lebih parah....

Dimana silapnya dan apakah bentuk post mortem yang perlu dilakukan lagi. Jika dulu kita boleh berbangga namun kini ianya tinggal kenangan. Kenangan yang tidak akan menjadi kenyataan. Sebuah negara yang mempunyai penduduk tidak kurang ramainya ibaratnya sudah kehilangan punca untuk mengejar sesuatu yang terbaik dalam sukan nombor 1 dibumi ini. Terkadang aku malu sendiri tatkala warga asing menceritakan kelebihan negara masing-2. Dimanakah akan ku sorokkan wajahku yang hensem ini.

Itulah negara kita yang amat kita cintai. Kalau dulu kita disegani namun kini dipandang sepi. Jangankan orang luar malah saya sendiri amat muak dengan team versi kuning ini. Segala-galanya terungkai dengan kekalahan dikandang sendiri. Bukan 1, 2 atau 3 TAPI 5. Memang benar pasukan Cina pernah melangkah ke Piala Dunia berbanding kita yang hanya mampu didalam kumpulan Piala Asia. Namun adakah alasan itu boleh menghalalkan mereka melobos tiang gol negara sebanyak lima kali. Kita sebenarnya tidak mengharapkan kemenangan namun cukuplah sekadar kalah tipis. Segala cemuhan dilemparkan kepada si "loser" ini. Tapi.. adakah menyalahkan mereka semata-mata akan mengubah keadaan.


Ya,.. Keadaan takkan berubah dan kekal begitu jika kita tidak merubahnya. Apakah yang menganggu fikiran pemain-pemain negara ini sehingga prestasi mereka tetap tercorot. Adakah dari segi makanan, kebajikan, atau kurangnya semangat terhadap tanah air?. Bak kata orang, kalau pergi ke medan perang dengan perut kosong manakan sama kuatnya dengan musuh yang kenyang Oh yaa,.. kaitannya dengan isu bolasepak negara?

Masa depan pemain bolasepak negara seakan pudar sepudar bekas pemain bolasepak yang pernah mengharumkan negara dimana akhirnya menagih simpati tatkala kos perubatan diperlukan. Paling tidak ia mampu mencacatkan semangat pemain masa kini. Walaupun kita dipandang sebuah negara yang ampuh dari segi finansial namun menjadi pertanyaan mengapa pemain bolanya tidak seampuh ekonominya.

Terdapat banyak versi menceritakan sebab-2 mengapa keadaan ini berlanjutan. Salah satuya kedengaran desas-desus bahawa mereka tidak menerima alaun yang sewajarnya malah lebih parah lagi ada yang mengatakan bahawa mereka tidak menerima imbuhan selama 3 bulan berturut-2. Jika benarlah apa yang diperkatakan tidak menjadi kehairanan mengapa pasukan ini tidak dapat meningkatkan prestasi mereka. Jika ada yang berani bersuara pasti ada yang berhadapan akan di "gam". Namun begitu mereka sepertinya tiada pilihan lain walaupun imbuhannya tidak berbaloi namun lebih baik dari tiada sama sekali.

Walaupun dulu permainan dan pasukan kita tidak sebagus mana namun... tidak mungkin seteruk begini. Yang terlihat kini spritual pemain kita semakin goyah segoyah gigi yang akan tertanggal dari gusinya. Dulu mereka tidak kisah akan elaun dari kerajaan yang sememangnya 'liat' namun ini sahajalah harapan yang tinggal setelah jersi mereka tidak lagi tertera jenama rokok yang dulunya banyak menyuntik semangat. Mana perginya syarikat gergasi yang menunjukkan untung ratusan juta setahun. Mengapa tidak ada yang berani tampil untuk sama-sama merubah keadaan ini. Bolehkah hanya bergantung kepada duit cukai dan tiket jualan semata?.

Walaupun kita sayang negara kita, walaupun kita pemain berbakat atau pemain yang taktikalnya sangat bagus namun semuanya boleh punah disebabkan perut yang kosong. Jika Indonesia dan Vietnam mampu menewaskan lawan masing-2 serta Thailand mengikat seri apa kurangnya kita?. Ingatlah.. Kita mampu merubahnya.

gravatar

Visit Thailand (part 2...)

Menjadi kebiasaan bagiku untuk mengkaji terlebih dahulu tempat-2 yang bakal aku lawati. Diantaranya bertanya kepada orang yang pernah pergi sebelumnya, media cetak dan media elektronik termasuk forum-forum, blog dan sebagainya menjadi rujukan dikala perlukan agar aku tidak teraba-raba bila sampai ke tempat aku lawati. Aku jarang mengunakkan berita di surat khabar sebagai sumber utama, apatah lagi TV yang menyajikan berita 'indah khabar dari rupa'.

Begitu juga dengan trip yang aku lawati kali ini, Terdapat kisah-2 penipuan agen-agen bebas berkeliaran mencari mangsa terutama orang-orang yang pertama kali melawat ke tempat ini. Terdapat banyak forum menceritakan hal yang sama, Selain tertipu agen bebas, perempuan yang disewa juga mencuri barang mangsa. Mungkin kerana keghairahan terlampau sehingga kita terleka dengan si penipu bangsat yang mengunakkan peluang dikala kita keletihan tertidur.

Walaupun masih banyak agen-2 jahat berkeliaran namun terdapat ruang yang selamat, Namun bagiku yang paling efektif sekali adalah mengenali penduduk tempatan yang menjadi jurubahasa kita. Mereka berfungsi sebagai agen perantaraan untuk berkomunikasi dengan bapa-bapa ayam yang kebanyakkan tidak tahu berbahasa inggeris apatah lagi Melayu. Pengunaan motor juga sedikit-sebanyak membantu sewaktu kita melihat ayam-ayam yang bakal dipilih. Jika tidak kita akan diikuti bapa-2 ayam yang agak merimaskan.

Berbalik kepada kisah yang lepas. Satu kebaikan brother tadi adalah beliau kerap memerhatikan kita sedekat mungkin. Hampir setiap jam dia mengetuk pintu bilik bertanya khabar kepada setiap pelanggannya. Beliau akan bertanya jika ada apa-2 yang tidak kena dengan barang "dagangannya". Termasuk layanan yang diterima.

Bak kata orang bersikap jujur antara kunci utama perniagaan. Diatas kesedaran ini, maka brother tadi melayan dan menjaga kami sebaik mungkin. Replacement atau penukaran akan dilakukan jika kita tidak berpuas hati. Keburukkannya lainnya ia seperti menganggu 'honeymoon' yang sedang dinikmati, namun kita harus bersikap positif dengan tingkahnya agar kita tidak kembali rugi. Berbanding dengan bapa ayam lain yang meninggalkan terus barang dagangannya dan dibiarkan kita terkapai-kapai dikala bantuan diperlukan.

Selain berdagang, beliau mempunyai pakej tambahan agar kehidupan malam kita di pekan koboi itu tidak diganggu oleh anasir-2 yang menawarkan pakej serupa. Walaupun agak mahal (RM250/orang) namun ia masih berbaloi jika kita diapa-apakan disana. Kelihatan terdapat banyak perempuan-2 muda yang belum disewa menanti pelanggan dihadapan kedai masing-2. Aku agak hairan bagaimana brother Melayu tadi boleh menjadi salah seorang daripada banyak pemuda Siam yang berniaga benda yang sama. Bagaimana orang tempatan tinggal diam dengan saingan dari orang luar. Itulah kelebihan orang yang tahu berbahasa Melayu mungkin kerana rata-rata orang Malaysia banyak mewarnai lorong-2 yang sibuk dengan urusan nafsu masing-2.

Itulah Danok sebuah pekan yang tidak pernah sunyi siang dan malam. Dikala siang kelihatan dan kebingitan lori mengangkut barang-2 berbaris memasuki negara dan malamnya penuh dengan bunyi-bunyian disko dan perdangangan 'body'. Dikala mataku asyik menikmati perempuan-2 jualan. Aku dikejutkan dengan beberapa motor membawa anak-2 bawah umur berkeliaran ditempat yang sama. Ditambah lagi dengan pusingan motor serupa dikawasan sama beberapa kali menjadikan aku tertanya-2. Manakan tidak motor ditungangi 3 orang perempuan. Sipembonceng kelihatan perempuan berumur separuh abad yang matanya liar memandang kesana kemari ibarat mencari pembeli jika ada yang memanggil. Mungkin bawah pelacur bawah umur kata hati kecilku. Disebabkan anak gadis bawah umur tidak dibenarkan bersama perempuan dewasa maka ini saja cara yang tinggal agar peluang "extra income" tidak terlepas begitu sahaja.

Dikawasan berhampiran terdapat penjual-2 ayam pulut berwarna merah menghiasi pinggir-2 jalan. Warna ayam tersebut memang menyelerakan. Pada hari pertama aku hanya melihat sahaja dan pada waktu sarapan keesokannya barulah aku merasa kenikmatan ayam tersebut bersama pulut dan cili sos ala Siam. Memang sedap.. bak kata pakcik aku kalau namanya Siam apa-apa pun best. Beras Siam, Mangga Siam, Kuching Siam, Ayam Laga Siam, dan sekarang aku melihat ayam Siam. Hmm memang best...

Lawatan pertama kami adalah disebuah Karaoke. Maaf saya terlupa namanya. Disani kami menyanyi sepuasnya walaupun jumlah lagu Melayu dan Indonesia yang agak terhad di tambah pula dengan lagu-lagu Siam bercampur baur. Kelihatannya disudut kanan karaoke tadi terdapat sebuah bilik kecil yang agak gelap dan terletak sebuah kusyen lumayan empuk didalamnya. Mungkin ini kamar untuk pasangan yang menyanyi dengan cara memasukkan mikrofon kedalam mulut. he he he.

Setelah itu kami dibawa ke sebuah bar "ala koboi". Ini kerana struktur rumah kecil ini diperbuat dari kayu sepenuhnya dan mengunakkan pintu yang dibuka seperti cerita koboi. Disinilah pertama kali ku lihat pemain muzik dan penyanyi menghisap ganja diatas pentas sambil menghiburkan tetamu. Bau pekat asap ganja terhidu disetiap sudut rumah kecil ini.

Sejak dari pertama lagi aku tertanya-2 siapakah brother ini sebenarnya. Ini kerana rupa parasnya amat familiar di TV semasa aku menonton sebuah kumpulan penyanyi di tanah air. Namun, jawapannya hampir aku temui tatkala menonton beliau bermain gitar dengan begitu baik sekali sehingga terbaring dan menggunakkan mulutnya bermain solo. Terus terang memang aku minat caranya bermain gitar namun sayang sekali dia hanya boleh bermain sebanyak tiga lagu sahaja disebabkan majoriti masyarakat dipekan ini hanya meminati muzik berbentuk cha-cha. Kemungkinan besar brother ini salah seorang pemuzik dari Malaysia. Cuma aku tidak mengenal siapa dia sebenarnya.

Aku tinggalkan cerita beliau dengan gitarnya. Setelah itu aku dibawa ke tempat terakhir sebelum pulang ke hotel masing-2. Persekitaran disini amat serupa dengan suasana disko atau "feng tau" yang terkenal dengan pil khayal. Kelebihan lainnya kelihatan beberapa wanita separuh bogel dan berbaju nipis menari keghairahan mengelilingi tiang sambil badan mereka disimbah air. Memang menghiburkan kerana itulah pertama kali aku merasai suasana seperti itu secara "live" dan mustahil ditemukan tatkala pulang nanti.

Esoknya aku bergegas pulang setelah puas di negara orang. Tanpa ucap kata selamat kepada brother tadi aku pergi meninggalkannya dengan seribu kerisauan dan kenangan mengenai keretaku yang diparking disempadan dalam negara. Aku risau kalau-2 kereta itu ghaib tanpa diduga. Apa yang perlu ku jawab dengan orang rumahku nanti.

gravatar

Visit Thai... No need to advertise

Kebanyakkan negara di Asia Tenggara nie sememangnya sibuk untuk meng'advertise' negara masing-2. Promosi bagai nak gila untuk menarik orang luar datang melancong. Modal pulak tuh jangan kenang, tak terkira banyaknya. Tapi.. ada satu negara diantaranya yang tak perlu giler-2 mempromosikan untuk buat semua tuh. Itulah Thailand sebuah negara yang mempunyai fasiliti lengkap untuk melancong. Maksud aku, jika kita membawa anak isteri kesana pasti semuanya terhibur. Aku bukan nak membanggakan negara nie, hanya sekadar pendapat sahaja.

Tidak keterlaluan jika aku namakan negara ini menyediakan pakej 3 in 1. Manakan tidak hiburan untuk anak-2 tersedia seperti yang kita lihat dinegara kita. Untuk para ibu pula.. apalagi kalau bukan bershopping sakan... Tapi untuk bapa pula? Takkan nak jadi pak turut? kalau di Malaysia tercinta ini, fungsi bapa-bapa hanya terhad kepada pengeluar modal untuk menghiburkan keluarga. Namun tiada apa-apa yang dapat menghiburkan hati para-para bapa ini *kecuali bapa yang sememangnya tidak mahu terhibur. Saya rasa hiburan bapa bukanlah untuk bershopping seperti isteri-2 mereka.

Namun di Thailand ada sebuah tempat untuk mereka. Industri ini memang memang terkenal sejak zaman dulu lagi namun kini ia menjadi sebutan seluruh warga dunia dan tak perlu diuraikan secara terperinci. Yang paling menyedihkan semasa aku di Indonesia dulu ada seorang Mat Salleh mengatakan padaku dia sudah melancong dari Bangkok hingga ke Singapore tapi tak tahu dimana Malaysia. Apa kurangnya Malaysia? Pikir-pikirlah sendiri. Dibawah adalah cerita berdasarkan pengalamanku berasaskan statement diatas.

Ntah kenapa meluap-2 betul aku nak pergi ke negara gajah putih ini. Mungkin disebabkan cerita indah dari temanku si pemandu lori melenyapkan segala ketakutan ku terhadap risiko badan berkecai dibom.

Sebenarnya telah lama benar aku mengidam untuk melawat ke negara ini namun isteriku pasti akan melarang sekeras-kerasnya. Sampai buntu pikiranku apakah bentuk alasan yang perlu ku beritahu jika ingin keluar untuk beberapa hari apatah lagi jika aku menyatakan tempat tujuan sebenarku.

Itulah Thailand akka Siam.. namanya tercemar dikalangan para-2 isteri warga di Malaysia. Adalah tidak waras jika ada yang melepaskan suami-2 mereka bersendirian melancong ke negara ini. Akhirnya aku pasrah, biarlah masa dan keadaaan menentukan segalanya.

Aku ibarat seekor singa lapar yang menunggu mangsanya, maka hari yang dinantikan selama ini telah tiba. Isteriku mendapat panggilan dari orang tuanya atas perkara pembahagian tanah pusaka di tanah seberang. Kebetulan aku yang tidak mendapat cuti kerana di alam "probation" maka aku melepaskan isteriku pulang bersama anak sulungku. Pemergian isteriku selama seminggu tidak akan ku persiakan begitu sahaja. he he he

Setelah beberapa hari isteriku meningalkan tanah air, Seusai kerja terakhirku pada hari jumaat, aku terus menghubungi rakan karibku seorang pemandu lori menyatakan kesediaanku untuk berangkat bersama beliau. Sewaktu itu beliau berada di Johor Baharu sedang memunggah barang. Kebetulan beliau juga mendapat 'trip' menghantar barang ke Bukit Kayu hitam keesokannya harinya lantas aku terus ke Pudu Raya membeli tiket dan langsung menunggu disana. Aku ditempatkan dirumah teman sekerja beliau sementara menantikan kedatangannya.


Mungkin terlalu teruja dan tidak sabar-2 untuk melepasi sempadan, menunggu beliau terasa lama sekali. Setelah agak tenghari barulah ku lihat batang hidungnya. Dengan wajahnya yang sedikit ceria dari kebiasaan, setelah lorinya di parking kemas dan belum pun sempat kakinya menjejak kebumi lantas beliau menelefon rakan sekerja warga tempatan yang fasih berbahasa Thai. Ternyata bukan aku sahaja malah dia juga mempunyai perasaan serupa walaupun keluar masuk beberapa kali sebelumnya

Setelah selesai berbicara ditelefon dia memberitahuku bahawa ada sedikit kenaikan harga. Harga bukan menjadi soal yang penting sekarang adalah 'masuk' kataku. Dengan matanya yang kuyu mengantuk bukanlah penghalang untuk melangkah ke sempadan. Sementara menantikan tourist guide tidak berdaftar tiba, kami membasah tekak disebuah warung berdekatan. Setelah agak lama menunggu kedengaran bunyi dua motosikal parking rapat dibelakangku. Tanpa banyak soal rakanku merapati penungang motosikal tersebut. Dalam lohgat utara sepertinya ada perbincangan tawar menawar. Harga terakhir yang dapat ditawar sebanyak RM50/orang tanpa pasport.

Setelah dipersetujui bersama, aku meluncur laju bersama teman dan penungang tadi menuju kesempadan. Dengan hati yang agak mendebarkan aku sebenarnya kehairanan tatkala kami lepas begitu sahaja tanpa diperiksa oleh check point imigresen kedua-dua negara walaupun kami membawa beg yang agak besar. Ibaratnya aku pergi kenegara sendiri. Perkara mustahil yang berlaku jika aku melawat Indonesia.

Kami dihantar ke sebuah hotel yang sederhana mewah. Harganya agak murah sekitar RM50 semalam. Rupa bentuk bangunan yang berada disekitar pekan ini tidak sama seperti di tanah air, agak kelam kabut dan kotor sedikit. Gambar-2 perempuan separuh bogel menjadi corak pintu disetiap kedai. Namun yang menjadi perhatianku adalah kelihatan banyak kereta-2 Malaysia bertaburan yang parking digigi-gigi jalan. Menjadi persoalan bagiku.. kenapa kereta orang-2 Malaysia banyak bersepah disini?. Untuk apa mereka disini?. Jika hanya untuk benda "tuh" takkan begitu banyak sekali. Adakah Malaysia tidak ada?Akhirnya persoalan itu tenggelam setelah masuk kebilik hotel.

Sementara menantikan malam minggu yang ku jangkakan sure 'havoc', kami didatangi seorang lelaki warga Malaysia yang menamakan dirinya "Brother" berasal dari kg baru Ampang, beliau mengetuk pintu lantas meng'offer' kami gadis-2 atau yang lebih kasar lagi "pelacur". Kebetulan ditingkat yang sama terdapat beberapa warga Malaysia yang lain sedang menunggu perkara serupa di kamar masing-2.

Setelah dikumpulkan semua orang-2 Malaysia dikamarku, Brother tadi membawa 40 orang perempuan dibariskan bersama. Kita hanya tinggal pilih sahaja. Harga yang ditawarkan adalah RM250/orang. Bayangkan bagaimana sejumlah wanita 'model look' berbaris seperti kawat cam, Sudah tidak keruan lagi untuk memilih yang mana satu. Jumlah masa sewaan adalah 24 jam. So.. anda harus memulangkan mereka keesokannya pada masa yang sama. Sekarang baru aku faham kenapa orang-2 Malaysia suka berkunjung kemari dan bertebarnya kereta plat Malaysia walaupun aku hanya mengagak sebelumnya. Kalau harga diatas di Malaysia cukup untuk menyewa selama sejam sahaja dan kualiti layanan serta paras kadang-2 jauh lebih teruk. Bayangkan jika anda membawa RM1000. Anda boleh berpoya-poya sakan cukup menghiburkan hati makhluk bernama lelaki.

Setelah urusan sewa-menyewa selesai aku memilih seorang wanita yang agak cantik berkulit ala-ala cina gitu. Kata brother tadi perempuan yang aku pilih tuh pernah menjadi cover girl dimajalah. Dilihatkan raut wajahnya memang dia seorang yang agak cantik.

Sementara menunggu kehidupan malam di Danok, Sepuasnya aku didalam bilik hotel tersebut ibarat pengantin baru (Walupun aku sedar aku suami sementara yang entah keberapa ratus). huhuhuh *perlukah aku ceritakan disini?.. tak usahlah.. sendiri-2 paham cukup. Yang penting jangan lupa pakai stokin... arrghhh.. mengantuk pulak rasanya. Nanti senang-2 aku sambung lagi.

gravatar

Sampai kapan "sampai bila"?

Ternyata soalan ini sering menerjah dimindaku sejak kebelakangan ini. Dengan umur yang sebegini, ditambah teman-teman seangkatan yang sudah mempunyai jawatan yang bagus didalam bidang masing-2 menjadikan diri terasa kerdil dan tidak ampuh.

Sebelumnya aku menghadiri temuduga yang telah ditetapkan harinya dan seperti biasa dimana-mana tempat pun aku harus mengisi borang yang sememangnya merimaskan. Paling menjengkelkan aku adalah ruangan untuk menulis kembali sejarah persekolahan dan kerjaan sebelumnya. Dikala aku terlupa membawa salinan resume bersama ia menjadi mimpi ngeri untuk mengingati kembali semua data-2 yang lalu.

Kualiti tulisan tanganku jua semakin terpuruk. Lebih tepat lagi ia menyerupai cakar ayam yang sedang lapar. Sekali imbas tak ubah macam tulisan siam. Manakan tidak sudah lama aku tidak memegang pena kerana semua 'working paper' bergantung penuh antara komputer dan printer.

Setelah borang ku isi lengkap aku menyerahkan kembali kepada receptionist bertugas, setelah agak lama menunggu aku dipanggil masuk ke bilik khusus oleh seorang penemuduga dan memperkenalkan dirinya dan jawatan yang disandang. Terlihatkan ia lebih muda dariku membuatkan perasaan cemburuku mula terjentik.

Seperti biasa si penemuduga akan cuba menyelami fikiran kita dan cuba sebaik sejauh mana pengetahuan kita tentang kerja yang akan ditawarkan dan seperti biasa dalam penuh hati-hati sebaiknya penerangan kita tidak lari dari tajuk yang ingin dibicarakan.

Setelah agak lama 'ngobrol-2' Satu statement penutup kata yang tidak terlupakan serta menjadi tajuk entry ku kali ini. "Until when you want to be a helpdesk, You try to solve others people problem which never ending. You need more specific. PC helpdesk troubleshooting not chalengging". Aku tidak faham apalah maksudnya not challenging. Mahu ajer aku seret mamat tuh ke tempat aku dan suruh dia angkat calls. Suruh dia layan orang Singapore yag amat demanding. Namun begitu aku perlu bersikap optimis. Mesej yang disampaikannya cukup tajam dan menjadi buah pikirku dikala sendirian.

Walaupun mulutku mengukir senyuman tatkala berjabat tangan sebelum aku melangkah keluar, namun kata-katanya tadi ibarat sebuah tamparan buatku. Terasakan aku udah terlalu lama akka tua untuk duduk dibawah. Apakah aku tidak mampu untuk berada ditempat yang sepatutnya secocok dengan umurku?.

Teringat kembali semasa mula-mula memasuki dunia pekerjaan dahulu. Diwaktu itu umurku sekitar 20 tahun. Workmateku rata-2 berumur hujung 20-an. Terasa akulah paling muda. Setelah agak lama dan berpindah-2 kerja, rakan setugasku kebanyakkannya sebaya dan pada era ini aku lihat rakan setugasku jauh lebih muda dari ku. Disinilah datangnya panggilan untuk memajukkan diri. Ego sebagai manusia mencabar sanubariku. Entahlah sampai bila aku terus begini. Aku tidak pasti.

gravatar

CTOS oh CTOS

Seperti apa yang diperkatakan oleh Malaysia Today bahawa kewujudan CTOS banyak di pergunakkan oleh badan-2 institusi kewangan sebagai bahan rujukan menjadikan ia isu hangat diperkatakan dewasa ini. Yang lebih parah lagi sejarah peribadi seseorang boleh dijual beli sesuka hati bagi tujuan rujukan untuk menilai samaada seseorang itu layak membuat sesuatu seperti pinjaman seumpamanya. Tidak kira sama ada ia persendirian, badan berkanun, Along dan sesiapa sesahaja yang memerlukan . Hanya sediakan wang puluhan ringgit segala informasi seseorang itu tersedia didepan mata.


Keluhan demi keluhan di keluarkan oleh penduduk negara ini samaada yang didengari atau tidak. Walaupun kesilapan seseorang itu disedari atau sebaliknya namun di database CTOS noda ini tercalit kekal. Tidak ada jalan lain untuk membersihkan kembali arang yang terconteng di dalamnya walaupun rekod mereka telah bersih.

Berdasarkan kisah peribadi yang saya petik dari the star dan Utusan cukup untuk menceritakan segala-galanya. Mangsa ini tidak dapat jauh bergerak bebas dari segi ekonomi kerana pihak institusi kewangan meletakkan beliau dalam status bangkrap walaupun kesalahan yang beliau lakukan tanpa disedari masih tercoret hitam di dalam pengkalan data mereka. Sungguh menyayat hati tatkala beliau tidak dapat mengunakkan kad kredit walaupun hanya RM3000 sedangkan beliau sudah mempunyai kondo ratusan ribu.

Seperkara lagi ia juga berbau perkauman jahat yang cuba dilakukan CTOS kepada golongan Melayu untuk membantutkan perkembangan ekonomi mereka, ini kerana diperkirakan terdapat 90% data yang berada didalamnya adalah golongan Melayu umumnya. Persoalannya sekarang kenapa Melayu? Kenapa CTOS beria-ia benar gemar menyimpan data peribadi kaum Melayu sahaja?.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas yang mendakwa CTOS menjual sistem mak-lumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu dalam sistemnya kepada pihak lain.

Kayveas kelmarin dipetik sebagai berkata, siasatan juga mendapati CTOS tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, ia tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997 dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.

Kavyeas mendakwa kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem CTOS adalah Melayu dan sejak dua hari lalu beliau menerima lebih 400 e-mel mengadu masalah mereka berkaitan CTOS. - Dipetik dari Nbtn



Persoalannya sekarang.. adakah ia wajar dari terus beroperasi? Bagi saya terdapat pro and kontranya.

Kebaikannya :
  • Jika terdapat satu pengkalan data sahaja maka jika ada pihak yang mempunyai kepentingan dengan bank negara dan begitu juga sebaliknya maka data ini boleh diubah sesuka hati dan tidak sesuai dijadikan bahan rujukan.
  • Menjadi rujukan pelabur-2 asing jika mereka ingin melihat status dan sejarah kewangan joint venture mereka secara cepat dan pantas tanpa menunggu dari pihak bank negara yang sememangnya banyak birokrasi.
  • Jika kita sebagai pemberi modal atau financial provider kewujudan CTOS amat berguna agar tidak menjadi mangsa peminjam yang berniat jahat.
Keburukan :
  • Golongan Melayu semakin banyak menjadi mangsa.
  • Kesalahan yang lalu dan sudah pun bersih akan tetap dipandang buruk. Bak kata orang "kalau sekali kita berbuat kesalahan, selamanya akan dipandang sama".
  • Biasanya syarikat seperti ini tidak berminat untuk membersihkan rekod buruk lampau. Jika syarikat ini dimiliki oleh saya sendiri pun sememangnya saya tidak mahu untuk melupuskan rekod-rekod buruk mereka atas alasan populariti. Semakin banyak salah didedahkan kepada pihak yang mahu mengunakkan perkhidmatan ini. Semakin banyak syarikat akan datang mengunakkan syarikat saya.
  • Menjadi alasan pihak bank kepada individu atau organisasi tertentu agar tidak memberi pinjaman kepada yang memerlukan berdasarkan alasan rekod buruk yang tertera di CTOS walaupun mereka sememangya berkelayakan.
  • Data anda terdedah kepada orang yang tidak bertangungjawab yang mempunyai niat buruk.
  • Membantutkan kerancakan ekonomi negara, Ini kerana selain peluang-peluang yang wujud, modal juga amat memainkan peranan yang tidak kurang pentingya untuk menjayakan cita-2 perniagaan. Kerja dan projek akan terbantut jika modal diperlukan tidak diluluskan disebabkan oleh database maut ini.
Dimanakah pilihan anda. Jelas dan nyata keburukan memang banyak dari kebaikan yang tak seberapa. Jika anda perkara lain sila letakkan didalam komen, mungkin ia berguna buat kita semua sebagai rujukan. Lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan datuk M.Keyveas, syarikat ini tidak membayar cukai lebih sepuluh tahun lalu malah melanggar akta. Sepertinya ada orang-2 tertentu cuba melindunginya. Secara teori syarikat ini sudah lama gulung tikar jika tidak ada pihak memayunginya untuk terus beroperasi.

Pautan lain ;-
  1. Melayu Bistari - Apa hak mereka?.. (Blog).
  2. Nobisha - Kayveas dan CTOS : Berhenti Kutip Data Melampau! (Blog).
  3. The star - We don’t solely depend on CTOS, say banks by Parveen Gill (Berita).
  4. Parlimen : CTOS langgar 7 akta - Oleh Mohamad Hussin (Berita).
  5. Pemuda Umno - Langgar Undang-undang : Kerajaan Diminta Ambil Tindakan Tegas Terhadap CTOS (portal).
  6. Motor Trader - CTOS and you (Forum).

gravatar

Harga rokok naik lagi,, Tak nak, ah ah.....

Udah ler tuh... Kepada yang suka merokok tuh bawak-bawak berhenti. Dah naik RM8.00 sekotak dah bagi king size, Maknanya sekotak bagi setiap saiz mungkin naik 60 sen. Satu angka yang cukup tinggi untuk kerajaan menambahkan pendapatan. Jika purata jumlah rakyat negara ini membeli sekotak sejuta kotak sehari (tak kiralah apa saiz pun) maka nilai pendapatan kerajaan perhari untuk kenaikan ini sahaja adalah RM600 ribu. Jumlah yang cukup untuk menampung gaji menteri-2 kat negara nie. Paling tidak pun bolehlah tahan kenyang sementara menunggu kenaikkan harga minyak nanti. Persoalannya sekarang adakah patut kerajaan menaikkan harga rokok setinggi ini secara mendadak atas alasan kesihatan?.


Bagi saya, Ya... memang patut sesangat. Tak caya cuba tanya orang tak merokok. Pasti mereka akan menyokong 110 persen. Kenapa???.. Sebab golongan nie tak mendapat apa-apa kesan secara langsung. Nak naikkan Rm100 sekotak pun takper. Tapi cuba tanya perokok tegar. Pasti jawapannya berbagai-bagai. Percayalah cara ini tidak akan mengurangkan jumlah perokok, Malah akan bertambah kerana rungsing yang amat sangat dengan desakan hidup yang semakin meningkat. Jalan paling murah untuk menghilangkan stress adalah merokok. Malah kemungkinan besar permintaan dadah (berbentuk ganja dan sewaktu dengannya sebagai bahan alternatif yang mempunyai "kick") semakin melambung disebabkan harganya yang hampir sama dengan rokok kelak.


Dalam pandangan lain pula, bagi saya cukuplah tak yah nak naikkan harga lagi. Harga yang ada sekarang pun udah cukup membebankan. Perokok tetap perokok, berhenti dari merokok memerlukan kesedaran yang cukup tinggi untuk berhenti. Pelik bin ajaib seorang perokok mampu berhenti kerana harga, Malah yang selalu saya lihat mereka-mereka ini akan memotong perbelanjaan lain untuk menampung membeli rokok. Lagi satu cuba perhitungkan berapa banyak orang disekelilingi anda yang mati kerana rokok. Fakta yang selalu kita dengar adalah merokok dapat menyebabkan anda menghidap penyakit itu dan ini yang pastinya membawa maut. Terkesan sekali yang mana - hanya merokok membawa maut.


Seperti biasa, kerajaan akan meletakkan alasan kesihatan dan pembaziran kononnya. Bebudak sekolah yang udah berjinak dengan merokok akan tergangu masa depannya. Bagi saya ia hanyalah gimik kerajaan untuk menaikkan cukai jenis ini. Tak percaya suruh kerajaan jalankan banci dan menilai adakah cara ini dapat mengurangkan jumlah perokok?. Yang lebih menghairankan jenama-2 rokok semakin bertambah. Tak cukup dengan rasa payau-payau pahit, cengkih, rasa buah-buahan seperti strawberry, pun ader jugak.


Ingat lagi tak world cup yang lalu? dimana orang terpaksa melanggan Astro yang cekik darah tuh untuk layan bola. Kalau dulu sewaktu rokok boleh diiklankan, syarikat-2 ini banyak menaja tayangan secara langsung di kaca televisyen dirumah. Ini tak, dah tak pasal-pasal pergi ke kedai mamak layan bola. Mau tak mau kena beli air untuk duduk. Kalau air kosong kang mamak kenen semacam laks, ini tak kena balun air manis. Bukan apa, kang mamak tuh duk asyik jeling kat kita.


Disebabkan takut rokok punya pasal kita kena laks kencing manis, Bukan apa, yang aku marah sangat kat Astro tuh, atas bawah dia 'charge'. Setahu aku kalau dah namanya TV berbayar tuh takderlah iklan.. ini tak, semacam dah nak berlumba dengan TV commercial pulak. Penonton dia mintak duit, Iklan pun dia sauk jugak. Amboi, melampau.


Huh.... Sebagai manusia yang boleh berpikir seadanya. Apalah sangat kesan Dunhill dan Salem tuh didalam iklan di TV. Kalau orang tak suka merokok tuh dia takkan merokok jugak. Bukannya iklan dia tunjuk orang merokok dalam TV pun.


Kecenderungan saya kuat mengatakan ini juga taktik antara orang Astro dengan golongan kerajaan yang berjaya merancakkan kempen rokok didalam media massa. Mungkin mereka berfikir, kalau benci rokok kerajaan terpaksa memberhentikan pengkilanannya. Kalau dah takder iklan rokok maka tiada iklan lain yang benar-benar mampu menaja rancangan berprestij. Bila dah takder rancangan berprestij seperti piala dunia, orang ramai terpaksa berkiblatkan astro.


Sebenarnya ada pihak tertentu yang untung diatas kempen kurangkan merokok nie. Masa zaman Mahathir takder segila ini pun. Bila pemerintahan negara bertukar tangan, Tup-tup kisah anti-rokok meletup-letup. Sepanduk-2 bertebaran yang ternyata menelan kos yang banyak. Psttt.. siapa dapat tender pasang sepanduk tuh?.


Menjadi persoalan sekarang, banyak sangat ker orang yang mati kat negara nie kerana rokok semata-mata?. Pengalaman saya didalam wad berbulan-bulan sewaktu mendapat rawatan dahulu, belum pernah sekali pun saya lihat orang mati secara langsung kerana rokok. Yang biasa saya lihat adalah penyakit kencing manis. Habis kudung pakcik-pakcik tuh kerana gejala kencing manis. Bak kata orang, Jika terkena meteor akan menyebabkan kematian. berapa banyak yang mati terkena meteor setakat ini.


gravatar

Ku ucapkan selamat kepada semua yang mengenal diriku....

Ntah kenapa tetiba muncul mood balik nak menulis blog. Bukan apa, dulu terasa nak tinggalkan ajer kerja nie tapi lama-kelamaan rasa tak puas laks. Macam ader ajer yang tak kena. So dengan mencari template yang agak sesuai maka... Blog nie pun terciptalah. Sebenarnya memang banyak modal nak menaip nie.. tapi masa nie laks suasana panas macam pintu neraka. So aku limitkan-limitkan jari aku menodai keyboard nie yang dah mula berpeluh nie.

Mata laks ngantuk nak mampus. Jam didinding baru kul 6.00 ptg (masa aku menaip blog nie), Bukan apa aku start kerja kul 6.00 pagi untuk minggu nie. Aku bertukar setiap minggu ngan workmate aku. Pukul 5.00 pagi dah bangun, Mandi, gosok gigi dan berak. Tambahan laks tempat kerja baru aku nie takder 24 jam standby macam dulu. So sekarang nie pendek cerita kerja working hourslah.

Sebenarnnya semalam aku telah melakukan kesilapan yang paling besar dimana aku bantai tidur pukul 6.00 petang, Bangun laks kul 10.00pm. Lepas bangun aku balun nasi lauk kari disusuli ngan minum kopi. Mana tak jengang biji mata. Aku paksa mata aku untuk pejam agar dapat tidur secukupnya tapi apakan daya, mata nie lebih degil dari bini aku. Berbagai upaya aku lakukan agar dapat tidur termasuk mengira beras kat dapur umah aku tapi biji mata aku nie still degil gak. Nak ajer aku joging tengah malam supaya letih dan boleh tidur lagi. Tapi hehehe seganlah pulak. Malu laks rasanya joging waktu macam tuh.

So rasanya cukuplah sampai disini dulu. Kang melalut lagi tak guna.