gravatar

Harga rokok naik lagi,, Tak nak, ah ah.....

Udah ler tuh... Kepada yang suka merokok tuh bawak-bawak berhenti. Dah naik RM8.00 sekotak dah bagi king size, Maknanya sekotak bagi setiap saiz mungkin naik 60 sen. Satu angka yang cukup tinggi untuk kerajaan menambahkan pendapatan. Jika purata jumlah rakyat negara ini membeli sekotak sejuta kotak sehari (tak kiralah apa saiz pun) maka nilai pendapatan kerajaan perhari untuk kenaikan ini sahaja adalah RM600 ribu. Jumlah yang cukup untuk menampung gaji menteri-2 kat negara nie. Paling tidak pun bolehlah tahan kenyang sementara menunggu kenaikkan harga minyak nanti. Persoalannya sekarang adakah patut kerajaan menaikkan harga rokok setinggi ini secara mendadak atas alasan kesihatan?.


Bagi saya, Ya... memang patut sesangat. Tak caya cuba tanya orang tak merokok. Pasti mereka akan menyokong 110 persen. Kenapa???.. Sebab golongan nie tak mendapat apa-apa kesan secara langsung. Nak naikkan Rm100 sekotak pun takper. Tapi cuba tanya perokok tegar. Pasti jawapannya berbagai-bagai. Percayalah cara ini tidak akan mengurangkan jumlah perokok, Malah akan bertambah kerana rungsing yang amat sangat dengan desakan hidup yang semakin meningkat. Jalan paling murah untuk menghilangkan stress adalah merokok. Malah kemungkinan besar permintaan dadah (berbentuk ganja dan sewaktu dengannya sebagai bahan alternatif yang mempunyai "kick") semakin melambung disebabkan harganya yang hampir sama dengan rokok kelak.


Dalam pandangan lain pula, bagi saya cukuplah tak yah nak naikkan harga lagi. Harga yang ada sekarang pun udah cukup membebankan. Perokok tetap perokok, berhenti dari merokok memerlukan kesedaran yang cukup tinggi untuk berhenti. Pelik bin ajaib seorang perokok mampu berhenti kerana harga, Malah yang selalu saya lihat mereka-mereka ini akan memotong perbelanjaan lain untuk menampung membeli rokok. Lagi satu cuba perhitungkan berapa banyak orang disekelilingi anda yang mati kerana rokok. Fakta yang selalu kita dengar adalah merokok dapat menyebabkan anda menghidap penyakit itu dan ini yang pastinya membawa maut. Terkesan sekali yang mana - hanya merokok membawa maut.


Seperti biasa, kerajaan akan meletakkan alasan kesihatan dan pembaziran kononnya. Bebudak sekolah yang udah berjinak dengan merokok akan tergangu masa depannya. Bagi saya ia hanyalah gimik kerajaan untuk menaikkan cukai jenis ini. Tak percaya suruh kerajaan jalankan banci dan menilai adakah cara ini dapat mengurangkan jumlah perokok?. Yang lebih menghairankan jenama-2 rokok semakin bertambah. Tak cukup dengan rasa payau-payau pahit, cengkih, rasa buah-buahan seperti strawberry, pun ader jugak.


Ingat lagi tak world cup yang lalu? dimana orang terpaksa melanggan Astro yang cekik darah tuh untuk layan bola. Kalau dulu sewaktu rokok boleh diiklankan, syarikat-2 ini banyak menaja tayangan secara langsung di kaca televisyen dirumah. Ini tak, dah tak pasal-pasal pergi ke kedai mamak layan bola. Mau tak mau kena beli air untuk duduk. Kalau air kosong kang mamak kenen semacam laks, ini tak kena balun air manis. Bukan apa, kang mamak tuh duk asyik jeling kat kita.


Disebabkan takut rokok punya pasal kita kena laks kencing manis, Bukan apa, yang aku marah sangat kat Astro tuh, atas bawah dia 'charge'. Setahu aku kalau dah namanya TV berbayar tuh takderlah iklan.. ini tak, semacam dah nak berlumba dengan TV commercial pulak. Penonton dia mintak duit, Iklan pun dia sauk jugak. Amboi, melampau.


Huh.... Sebagai manusia yang boleh berpikir seadanya. Apalah sangat kesan Dunhill dan Salem tuh didalam iklan di TV. Kalau orang tak suka merokok tuh dia takkan merokok jugak. Bukannya iklan dia tunjuk orang merokok dalam TV pun.


Kecenderungan saya kuat mengatakan ini juga taktik antara orang Astro dengan golongan kerajaan yang berjaya merancakkan kempen rokok didalam media massa. Mungkin mereka berfikir, kalau benci rokok kerajaan terpaksa memberhentikan pengkilanannya. Kalau dah takder iklan rokok maka tiada iklan lain yang benar-benar mampu menaja rancangan berprestij. Bila dah takder rancangan berprestij seperti piala dunia, orang ramai terpaksa berkiblatkan astro.


Sebenarnya ada pihak tertentu yang untung diatas kempen kurangkan merokok nie. Masa zaman Mahathir takder segila ini pun. Bila pemerintahan negara bertukar tangan, Tup-tup kisah anti-rokok meletup-letup. Sepanduk-2 bertebaran yang ternyata menelan kos yang banyak. Psttt.. siapa dapat tender pasang sepanduk tuh?.


Menjadi persoalan sekarang, banyak sangat ker orang yang mati kat negara nie kerana rokok semata-mata?. Pengalaman saya didalam wad berbulan-bulan sewaktu mendapat rawatan dahulu, belum pernah sekali pun saya lihat orang mati secara langsung kerana rokok. Yang biasa saya lihat adalah penyakit kencing manis. Habis kudung pakcik-pakcik tuh kerana gejala kencing manis. Bak kata orang, Jika terkena meteor akan menyebabkan kematian. berapa banyak yang mati terkena meteor setakat ini.


gravatar

bagi aku kalau kerajaan nak naik sampai Rm30 sekotak pun..orang yang isap rokok akan beli la juga..cuma yang menjadi masalahnya adelah bebudak sekolah yng dah jadi perokok tegar tapi tak de income sendiri..agak2 poket seluar sapa yang kena raba agaknya..mestilah poket seluar abah dia orang..sapa yang sudah..bapak dia orang jgk...kekadang dia orng ni tak pikir la..