gravatar

Membantu amat digalakkan dalam islam, Setiap yang namanya manusia itu harus saling bantu membantu agar kita sama-sama menikmati kehidupan sementara ini sewajar mungkin. Namun pernahkah kita terfikir bahawa tidak semua bantuan itu mendapat imbalan yang sepatutnya. Malah yang lebih parah lagi jika tersilap langkah bala akan menanti hasil dari membantu secara membuta tuli.

Bukan apa, majoriti orang Melayu sendiri sememangnya amat suka membantu. Satu sikap yang amat terpuji. Namun begitu menjadi titik kelemahan disini adalah bentuk dan masa bantuan yang diberikan kadangkala keluar dari kewajaran yang sepatutnya. Tidak dinafikan ia bermula dari didikan agama yang selalu mengajar kita agar saling tolong-menolong malah nabi junjungan kita amat menitik beratkan sifat yang mulia ini.

Setelah keluar dari sekolah didikan ini menjadi tunjang tatacara kehidupan. Kadangkala kita merasa puas tatkala melihat orang yang dibantu merasa gembira dengan bantuan yang dihulurkan tanpa mengharap apa-apa imbalan.

Dipejabat umpamanya.. jika kita terlalu banyak membantu adakala orang yang dibantu beralih mengambil peluang dengan kebaikan yang kita tawarkan. Ini bukan asing lagi bagi mereka yang bekerja didalam apa sektor sekali pun. Sifat membantu yang berterusan akan mewujudkan pembahagian kerja tidak seimbang diantara kakitangan.

Dirumah umpamanya, Terutama bujang.. Mereka yang rajin membantu mengemas dan memasak akan menjadi "amah" tanpa dokumen. Bagi pemalas tegar, mereka seakan 'goyang kaki' mengambil kesempatan diatas sifat mulia ini.

Sebelumnya penekanan bentuk pertolongan haruslah difikirkan sebelum bantuan dihulurkan. Jika terlalu kerap kita menghulurkan sedekah kepada peminta sedekah umpamanya akan mewujudkan peminta sedekah yang semakin banyak dewasa ini. Badan yang kuat dan sihat tidak segan silu merayau-2 sambil menadah tangan meminta ehsan. Malah menjadi kekesalan, rakyat asing juga tidak ketingalan meraup peluang dari hati mulia penduduk negara ini.
Apa yang menjadi malapetaka mengenai sikap ini dikala teguran dan nasihat menteri luar syed ahmad albar yang menyatakan terdapat banyak perempuan melayu di tangkap kerana membawa beg yang diminta untuk dibawa oleh orang yang tidak dikenali. Terutama di lapangan terbang. Beg yang kita tidak tahu apa isi kandungannya. Setelah diperiksa oleh pihak imigresen ternyata terdapat barang-2 yang melanggar undang-2. Kalau tersilap gaya tali gantung sudah didepan mata. Yang empunya beg sudah menghilangkan diri. Tinggallah kita meratap diri. Dibawah merupakan petikan yang saya ambil dari NST

“When travelling, take extra care. Don’t simply help people who ask for help.
Don’t simply carry their bags when we don’t know what’s in them,” he told
reporters after hosting a breaking of fast at his residence here
yesterday.
He said that if one had been found guilty by a court overseas, it
would be difficult for his ministry to get them released.
He was commenting
on Raja Munira Raja Iskandar Shah, 22, who was sentenced to seven years and four
months’ jail by a Japanese court for attempting to smuggle several packets of
syabu at the Narita International Airport in Tokyo on Dec 20 last year.

gravatar

Nurin Jazlin - Al fatihah..


Di youtube kelihatan banyak orang-orang memberi komen terhadap klip video pemergian Nur Jazlin Jazimin, Marah, maki, hamun dan berbagai perasaan dikongsi bersama merupakan lumrah bagi yang namanya manusia yang bencikan kerosakkan dan kemusnahan. Namun menarik perhatian saya kali ini adalah komen-komen yang tidak sepatutnya diluahkan seorang yang tinggal didalam negara yang mengamalkan hidup berpelembagaan dan beragama. Diantaranya adalah;

I setuju ngan u... malaysia ni x patut biar kan pendatang asing masuk ke negara kita dgn berleluasa. Ini lah masalah sosial yg mereka bawa. Suka2 mai sini buat kacau, merompak, membunuh orang. Padan ngan muka mak Indon yg kena seksa ngan majikan mereka sbb indon ni suka seksa bayi yg mereka jaga tu...

imegresen juga tanggungjawab atas kes nurin...kutip rasuah bagi pendatang haram indo-babi menjenayah di bumi malaysia...siapa salah?...sekarang tanya jabatan babi tu...

Menuduh bahawa ia dilakukan oleh orang indonesia semata merupakan percikan bermulanya satu anggapan yang akan meluncur kearah ketidak stabilan kepercayaan antara satu sama lain. Selain dari saudara seagama dan serumpun apatah menuduh tanpa sebarang bukti yang jelas sememangnya keluar dari nas-nas agama yang kita anuti. .

Dari kes-2 sebelumnya tidak pernah terdengar walaupun sekalipun ia dilakukan oleh orang asing apatah lagi warga Indonesia. Namun begitu dengan tertangkapnya seorang warga indo yang menjaga nurin semasa penculikan beliau membuka lembaran baru dalam hubungan baik kita selama ini dengan mereka.

Apa-apa pun penyesiatan rapi dan sungguh-2 sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. Kita tunggu dan lihat sahaja akan alibi-2 baru yang memberi impak kepada jiwa rakyat Malaysia amnya. Jika benar ia dilakukan oleh 'mereka' kita mungkin tiada pilihan lain... Suatu rombakan besar perlu dilakukan agar tatacara dan norma kehidupan kita tidak dinodai dan memastikan perkara sama tidak berulang.
Sebagai seorang bapa yang mempunyai 2 anak anak gadis kecil sebaya nurul turut berduka cita atas apa yang berlaku. Terutama bapanya, Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaannya dikala ini. Namun begitu saya percaya "Allah tidak akan menguji diluar batas kemampuan hamba-hambanya"

Pemergian anaknya dalam keadaan sedemikian rupa mungkin tidak pernah terlintas difikirannya apatah lagi ia menyangkut kepada orang yang amat beliau sayangi. Namun dengan kehendak Ilahi amat mustahil sekali dari mengelak dari ketentuan ini. Tiada apa yang mampu saya ucapkan selain berdoa agar tuhan dapat menenangkan jiwa keluarga ini. Amin - Alfatihah....
Antara arkib dan kisah Nurin Jazlin yang dimuatkan dalam berita tempatan.