gravatar

Nuri oh Nuri..

Hanya tinggal 5 angka maka genaplah 100 nyawa tentera kita melayang gara-gara sebuah object yang lahir semenjak zaman darurat kominis lagi. Buat pengetahuan kita, helikopter lapuk atau Sea King ini masih dipergunakkan untuk pertahanan negara walaupun telah terhempas sebanyak 18 kali sewaktu perkhidmatannya selama 40 tahun. Bayangkanlah ia satu jumlah yang cukup besar dikala negara aman damai dan bayangkan pula jika kita didalam kancah peperangan. Adakah helikopter kategori 'antik' ini dapat membantu soldadu negara?.



Untuk ukuran sebuah kereta pun, angka 40 adalah umur yang tidak selamat untuk dilenjan. Bayangkan kereta model tahun 1968 mewarnai bandaraya kita. Namun perbezaaanya jika enjin terberhenti atau rosak pemandunya punya harapan tinggi untuk hidup kerana kenderaan yang dipandu hanya akan berhenti sahaja. Namun bagi objek yang melayang diudara risikonya adalah lebih merbahaya jika enjinya bermasaalah. Seperti manusia jentera juga mempunyai masa tua dan harus digantikan dengan yang lebih muda dan kuat. Sesuai dengan permintaan masa kini.


"Cuaca Buruk". Merupakan alasan kering kerajaan sebagai modal untuk mengelak dari terus dipandang dikritik oleh rakyat bagi masaalah yang belum kunjung padam. Ingatlah nyawa tidak boleh dibayar walau sebesar mana pampasan yang diterima. Jika berbaloi pun, nilainya tetap tidak akan sama ditambah pula kesilapan serupa yang dilakukan berulang-2 tanpa kita sendiri mengubahnya. Helikopter yang sinonim dengan namanya sebagai "pembantu" sudah tidak mampu lagi untuk berkhidmat atau kata ringkasnya "pencen". Sudah menjadi kebiasaan bagi kerajaan negara kita yang suka menyalahkan pemandu kereta atau apa sahaja yang bernama kenderaan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Cadangan membuat tribunal khusus untuk mengkaji apa-apa punca yang melibatkan kenderaan akan sudah pasti tidak akan diterima. Mungkin ini akan mendedahkan kelemahan yang terbentuk diatas segala yang berlaku.


Tindakan Najib Tun Razak mengisytiharkan pembelian baru helikopter didalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tepat pada masanya memandangkan tuntutan pertahanan negara yang memerlukan sokongan alat berteknologi tinggi. Helikopter juga tidak kurang pentingnya dalam sesuatu operasi walaupun tidak setanding dengan jet pejuang dan beberapa jentera lainnya namun sekurang-2nya helikopter tidak memerlukan ruangan besar untuk mendarat dan tangkas bertindak dalam operasi yang memerlukan penerbangan rendah.


Baru-2 ini kita dikejutkan lagi dengan terkorbannya wira-2 negara disebabkan helikopter ini. Bagi yang biasa ini bukan lagi kejutan, Tapi jika saya salah seorang saudara mereka mungkin saya tidak dapat memaafkan insiden yang berlaku. Seramai 6 askar kita telah terkorban dan berpuluhan berguguran sebelumnya.


Pada tahun 2004 sebelumnya kerajaan telah menimbang untuk membeli heli baru bagi mengantikkan heli jenis ini dan menelan kos sebanyak RM76 juta hingga RM95 sebuah. Disebabkan dasar kewangan dan keperluan lain yang lebih penting maka hasrat ini terpaksa ditunda dahulu sehinggalah sekarang.


---------------------------------


Bibawah merupakan lagu Nuri yang dinyayikan oleh orang Kanada yang telah dialih bahasa. Pilot Sea King Kanada mengarang "lagu tema" untuk perkhidmatan mereka, dinyanyikan menurut nada lagu pop Seasons in the Sun tahun 1970-an.

Selamat tinggal ayah, sila doakan saya Helikopter saya terhempas di laut.


Korus
Kita bergembira, kita berseronok, kita ada Sea King di bawah matahari Tetapi enjin terbakar dan Sea Kings mesti bersara.


Goodbye papa, please pray for me My helicopter's crashing in the sea.


The chorus runs
We had joy, we had fun, we had Sea Kings in the sun But the engines are on fire and the Sea Kings must retire.

---------------------------------


Berita Penuh dari Bernama Mengenai Nahas kejadian - Klik sini
Berita dari Harakah daily - Klik Sini

gravatar

Setahu aku (dari pembacaan), heli-nuri tak bole terbang tinggi. Disebabkan itulah bila ia terbang kena plak dalam cuaca teruk seperti hujan lebat dan sebagainya di mana Pilot seharusnya berpengalaman luas dalam menerbangkan pesawat ni.
Banyak kejadian di mana Nuri terhempas kerana pilot tidak dapat membaca geographi malaysia sendiri.. contohnya dalam keadaan berkabus jarak penglihatan adalah terhad.. oleh kerana pilot ni dulu geographi failed.. dia tak sangka di depan nya ada sebuah gunung.. apa lagi.. nak kekiri n kekana tak bole.. nak terbang ke atas lagi la pulak.. jawabnya .. head bang laa.. ahahahahaha..