gravatar

Kalah lagi dan kini lebih parah....

Dimana silapnya dan apakah bentuk post mortem yang perlu dilakukan lagi. Jika dulu kita boleh berbangga namun kini ianya tinggal kenangan. Kenangan yang tidak akan menjadi kenyataan. Sebuah negara yang mempunyai penduduk tidak kurang ramainya ibaratnya sudah kehilangan punca untuk mengejar sesuatu yang terbaik dalam sukan nombor 1 dibumi ini. Terkadang aku malu sendiri tatkala warga asing menceritakan kelebihan negara masing-2. Dimanakah akan ku sorokkan wajahku yang hensem ini.

Itulah negara kita yang amat kita cintai. Kalau dulu kita disegani namun kini dipandang sepi. Jangankan orang luar malah saya sendiri amat muak dengan team versi kuning ini. Segala-galanya terungkai dengan kekalahan dikandang sendiri. Bukan 1, 2 atau 3 TAPI 5. Memang benar pasukan Cina pernah melangkah ke Piala Dunia berbanding kita yang hanya mampu didalam kumpulan Piala Asia. Namun adakah alasan itu boleh menghalalkan mereka melobos tiang gol negara sebanyak lima kali. Kita sebenarnya tidak mengharapkan kemenangan namun cukuplah sekadar kalah tipis. Segala cemuhan dilemparkan kepada si "loser" ini. Tapi.. adakah menyalahkan mereka semata-mata akan mengubah keadaan.


Ya,.. Keadaan takkan berubah dan kekal begitu jika kita tidak merubahnya. Apakah yang menganggu fikiran pemain-pemain negara ini sehingga prestasi mereka tetap tercorot. Adakah dari segi makanan, kebajikan, atau kurangnya semangat terhadap tanah air?. Bak kata orang, kalau pergi ke medan perang dengan perut kosong manakan sama kuatnya dengan musuh yang kenyang Oh yaa,.. kaitannya dengan isu bolasepak negara?

Masa depan pemain bolasepak negara seakan pudar sepudar bekas pemain bolasepak yang pernah mengharumkan negara dimana akhirnya menagih simpati tatkala kos perubatan diperlukan. Paling tidak ia mampu mencacatkan semangat pemain masa kini. Walaupun kita dipandang sebuah negara yang ampuh dari segi finansial namun menjadi pertanyaan mengapa pemain bolanya tidak seampuh ekonominya.

Terdapat banyak versi menceritakan sebab-2 mengapa keadaan ini berlanjutan. Salah satuya kedengaran desas-desus bahawa mereka tidak menerima alaun yang sewajarnya malah lebih parah lagi ada yang mengatakan bahawa mereka tidak menerima imbuhan selama 3 bulan berturut-2. Jika benarlah apa yang diperkatakan tidak menjadi kehairanan mengapa pasukan ini tidak dapat meningkatkan prestasi mereka. Jika ada yang berani bersuara pasti ada yang berhadapan akan di "gam". Namun begitu mereka sepertinya tiada pilihan lain walaupun imbuhannya tidak berbaloi namun lebih baik dari tiada sama sekali.

Walaupun dulu permainan dan pasukan kita tidak sebagus mana namun... tidak mungkin seteruk begini. Yang terlihat kini spritual pemain kita semakin goyah segoyah gigi yang akan tertanggal dari gusinya. Dulu mereka tidak kisah akan elaun dari kerajaan yang sememangnya 'liat' namun ini sahajalah harapan yang tinggal setelah jersi mereka tidak lagi tertera jenama rokok yang dulunya banyak menyuntik semangat. Mana perginya syarikat gergasi yang menunjukkan untung ratusan juta setahun. Mengapa tidak ada yang berani tampil untuk sama-sama merubah keadaan ini. Bolehkah hanya bergantung kepada duit cukai dan tiket jualan semata?.

Walaupun kita sayang negara kita, walaupun kita pemain berbakat atau pemain yang taktikalnya sangat bagus namun semuanya boleh punah disebabkan perut yang kosong. Jika Indonesia dan Vietnam mampu menewaskan lawan masing-2 serta Thailand mengikat seri apa kurangnya kita?. Ingatlah.. Kita mampu merubahnya.

gravatar

sedih juga sih waktu lihat cuma malaysia yang kalah diantara 4 tuan rumah lain.

semoga bisa bangkit di pertandingan selanjutnya...