gravatar

Untuk Apa

Untuk apakah Republik kecil itu membeli senjata secanggih itu jika mereka tiada mempunyai niat lain’? Seperti yang kita maklumi hanya pencuri yang benar-benar takut dengan pencuri. Bukan bersangka buruk, namun secara teori sepertinya ada satu bayang yang samar-2 kelihatan disebalik niat jahat ini. Seperti saudara sekutu terdekat mereka Israel, Kerajaan Temasek ini lagaknya mendapat suntikan motivasi agar mampu merampas negara berdaulat agar menjadi sebahagian wilayahnya. Seperti yang kita maklumi sekuat manapun semangat juang dan tentera terlatih sekali pun sebenarnya belum mampu untuk menandingi kekuatan senjata keupayaan tinggi yang dimiliki oleh US hatta sekutu rapatnya. Dari hari ke hari mereka mencipta satu demi satu senjata bagi melaksanakan ’misi keadilan dan cita-cita mereka’. Anjing-anjing uncle sam juga tidak terlepas dari faedah ini.

The Pentagon notified the US Congress Monday of a possible sale to Singapore of up 741 million dollars’ worth of weapons, logistics and training as part of a proposed F-15 fighter sale. The weapons include advanced supersonic air-to-air missiles and satellite-guided bombs. The weapons include 200 AIM 120C Advanced Medium Range Air-to-Air Missiles (AMRAAM); 50 Joint Direct Attack Munitions (JDAMs) with 500-pound warheads; 30 AGM 154A-1 Joint Standoff Weapons with 500-pound warheads; 30 AGM 154C Joint Standoff Weapons; and 200 AIM 9X Sidewinder missiles.

chn_su301


Ada yang mengatakan pembelian ini adalah mengimbangi kekuatan ATM terhadap jet pejuang Negara SU-30MKMs namun yang menjadi tanda tanya apabila pembelian ini dibuat setelah negara ini menamatkan latihan perang bersama yang mengunakkan model yang hampir sama di India - InAF Su-30MKIs. Kenapa harus setelah selesai sessi latihan dahulu. Jika mereka mempunyai niat hanya untuk membeli kenapa harus menunggu. Sedangkan Pentagon sudah pun menyatakan penjualannya dari tahun 2005 lagi.


Dari itu wahai saudara-saudaraku sekalian dan sebagai warganegara Malaysia yang amat saya cintai. Cukuplah sudah dengan pengalaman negara-2 lain yang dirundung malang. Dihalau, dihina dan dimalukan di tanahairnya sendiri. Diawali kurang persedian untuk menanti hari mendatang. Janganlah kita terus alpha dan leka dengan apa yang kita miliki sekarang. Walaupun keberadaan kita sekarang tidak jauh kebelakang dari negara-negara maju namun sedikit kelekaan kita maka padahlah yang menanti. Walaupun kita tiada niat untuk merampas atau mencetuskan huru-hara namun orang luar sedang memerhatikan kita untuk melakukan sesuatu yang "adil bagi mereka".


Sekarang saja majoriti penduduk negara Temasik ini tidak pernah mengaku bahawa mereka duhulu adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Mungkin selepas ini pasti ada yang menyatakan Johor dan Pahang juga adalah sebahagian dari wilayah mereka berdasarkan sejarah ciptaan mereka bagi menghalalkan cita-cita yang terpendam sekian lama.


Tambahan pula tindakan Lee Kwan Yew yang pernah mempertikaikan keistimewaan orang Melayu kini dibangkitkan kembali. Sesuatu yang harus dipandang serius. Ditambah dengan penghinaan lagu negaraku menjadi titik awal dari dari sesuatu yang tidak pasti mengenai masa depan negara. Sesungguhnya apakah yang harus kita jawab dengan anak cucu kita nanti atas kesilapan kecil kita ini.