gravatar

CTOS oh CTOS

Seperti apa yang diperkatakan oleh Malaysia Today bahawa kewujudan CTOS banyak di pergunakkan oleh badan-2 institusi kewangan sebagai bahan rujukan menjadikan ia isu hangat diperkatakan dewasa ini. Yang lebih parah lagi sejarah peribadi seseorang boleh dijual beli sesuka hati bagi tujuan rujukan untuk menilai samaada seseorang itu layak membuat sesuatu seperti pinjaman seumpamanya. Tidak kira sama ada ia persendirian, badan berkanun, Along dan sesiapa sesahaja yang memerlukan . Hanya sediakan wang puluhan ringgit segala informasi seseorang itu tersedia didepan mata.


Keluhan demi keluhan di keluarkan oleh penduduk negara ini samaada yang didengari atau tidak. Walaupun kesilapan seseorang itu disedari atau sebaliknya namun di database CTOS noda ini tercalit kekal. Tidak ada jalan lain untuk membersihkan kembali arang yang terconteng di dalamnya walaupun rekod mereka telah bersih.

Berdasarkan kisah peribadi yang saya petik dari the star dan Utusan cukup untuk menceritakan segala-galanya. Mangsa ini tidak dapat jauh bergerak bebas dari segi ekonomi kerana pihak institusi kewangan meletakkan beliau dalam status bangkrap walaupun kesalahan yang beliau lakukan tanpa disedari masih tercoret hitam di dalam pengkalan data mereka. Sungguh menyayat hati tatkala beliau tidak dapat mengunakkan kad kredit walaupun hanya RM3000 sedangkan beliau sudah mempunyai kondo ratusan ribu.

Seperkara lagi ia juga berbau perkauman jahat yang cuba dilakukan CTOS kepada golongan Melayu untuk membantutkan perkembangan ekonomi mereka, ini kerana diperkirakan terdapat 90% data yang berada didalamnya adalah golongan Melayu umumnya. Persoalannya sekarang kenapa Melayu? Kenapa CTOS beria-ia benar gemar menyimpan data peribadi kaum Melayu sahaja?.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas yang mendakwa CTOS menjual sistem mak-lumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu dalam sistemnya kepada pihak lain.

Kayveas kelmarin dipetik sebagai berkata, siasatan juga mendapati CTOS tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, ia tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997 dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.

Kavyeas mendakwa kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem CTOS adalah Melayu dan sejak dua hari lalu beliau menerima lebih 400 e-mel mengadu masalah mereka berkaitan CTOS. - Dipetik dari Nbtn



Persoalannya sekarang.. adakah ia wajar dari terus beroperasi? Bagi saya terdapat pro and kontranya.

Kebaikannya :
  • Jika terdapat satu pengkalan data sahaja maka jika ada pihak yang mempunyai kepentingan dengan bank negara dan begitu juga sebaliknya maka data ini boleh diubah sesuka hati dan tidak sesuai dijadikan bahan rujukan.
  • Menjadi rujukan pelabur-2 asing jika mereka ingin melihat status dan sejarah kewangan joint venture mereka secara cepat dan pantas tanpa menunggu dari pihak bank negara yang sememangnya banyak birokrasi.
  • Jika kita sebagai pemberi modal atau financial provider kewujudan CTOS amat berguna agar tidak menjadi mangsa peminjam yang berniat jahat.
Keburukan :
  • Golongan Melayu semakin banyak menjadi mangsa.
  • Kesalahan yang lalu dan sudah pun bersih akan tetap dipandang buruk. Bak kata orang "kalau sekali kita berbuat kesalahan, selamanya akan dipandang sama".
  • Biasanya syarikat seperti ini tidak berminat untuk membersihkan rekod buruk lampau. Jika syarikat ini dimiliki oleh saya sendiri pun sememangnya saya tidak mahu untuk melupuskan rekod-rekod buruk mereka atas alasan populariti. Semakin banyak salah didedahkan kepada pihak yang mahu mengunakkan perkhidmatan ini. Semakin banyak syarikat akan datang mengunakkan syarikat saya.
  • Menjadi alasan pihak bank kepada individu atau organisasi tertentu agar tidak memberi pinjaman kepada yang memerlukan berdasarkan alasan rekod buruk yang tertera di CTOS walaupun mereka sememangya berkelayakan.
  • Data anda terdedah kepada orang yang tidak bertangungjawab yang mempunyai niat buruk.
  • Membantutkan kerancakan ekonomi negara, Ini kerana selain peluang-peluang yang wujud, modal juga amat memainkan peranan yang tidak kurang pentingya untuk menjayakan cita-2 perniagaan. Kerja dan projek akan terbantut jika modal diperlukan tidak diluluskan disebabkan oleh database maut ini.
Dimanakah pilihan anda. Jelas dan nyata keburukan memang banyak dari kebaikan yang tak seberapa. Jika anda perkara lain sila letakkan didalam komen, mungkin ia berguna buat kita semua sebagai rujukan. Lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan datuk M.Keyveas, syarikat ini tidak membayar cukai lebih sepuluh tahun lalu malah melanggar akta. Sepertinya ada orang-2 tertentu cuba melindunginya. Secara teori syarikat ini sudah lama gulung tikar jika tidak ada pihak memayunginya untuk terus beroperasi.

Pautan lain ;-
  1. Melayu Bistari - Apa hak mereka?.. (Blog).
  2. Nobisha - Kayveas dan CTOS : Berhenti Kutip Data Melampau! (Blog).
  3. The star - We don’t solely depend on CTOS, say banks by Parveen Gill (Berita).
  4. Parlimen : CTOS langgar 7 akta - Oleh Mohamad Hussin (Berita).
  5. Pemuda Umno - Langgar Undang-undang : Kerajaan Diminta Ambil Tindakan Tegas Terhadap CTOS (portal).
  6. Motor Trader - CTOS and you (Forum).

gravatar

bagi aku elok ade CTOS nih..tak ade buruknya..suma baik..cuba imagine..kalau tak ade ctos..maka akan berlambaklah penghutang2 yang sumanya muka melayu. Sebab?..mudah aja..sebab melayu tak reti carik duit..melayu tau buat hutang yo..cuba tengok kawan sekeliling..tak yah jauh..mesti ade slah sorang kawan kite yang pastinya melayu..gerenti ade hutang kad kredit..dan tak mampu bayar..